kalau mereka tahu.


*tenang sebenarnya bila kita sendiri



 Kalau mereka tahu mengapa aku sampai jadi begini,pastinya tidak akan ada lagi soalan itu dan ini.
Kalau mereka tahu apa yang telah aku lalui,pastinya meraka akan lebih memahami.
Kalau mereka tahu betapa sakitnya hatiku,pastinya mereka akan takut untuk mendekati.

Malangnya,

mereka tak tahu mengapa aku jadi begini,harus sahaja bermacam soalan itu dan ini.
Mereka tak tahu apa yang telah aku lalui,harus sahaja mereka  terleka menyakiti
Mereka tak tahu bagaimana sakitnya hatiku,harus sahaja mereka tersenyum menghampiri.

Aku tidak mengharap mereka datang dan memberi simpati,
Cukuplah sekadar mereka memahami
Setiap manusia itu ada kisah silam tersendiri
Jangan di ganggu,tapi dihormati.


dalam hati siapa yang tahu?
4 safar 1433
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright 2009 siti solehah sabari [sedamaihijau]