Menjadikan aku duduk berfikir panjang
Panjang sekali
Hanya kerana mahu mencari
Dimana betulnya keputusan memilih dia
Bicara kali ini agak berbeza nadanya
Kurang semangat dan kata-kata
Bukan dia yang jadi penyumbangnya atas ketidakhadiran kata-kata ini
Ia lebih kepada sebuah penghambaan rasa yang sarat
Sarat dengan keadaan dan situasi yang selalu saja tidak diduga..’’
Payah sekali
Payah mencari apa-apa yang istimewa pada dia ini
Lalu,
Aku pejamkan mata
Dengan harapan aku mampu mencari mana-mana yang baik dari dia
Rapat sekali aku katupkan mata ini
Sehingga apa yang jelas hanyalah gelap gelita
Tak mungkin akan aku temukan jawapan
Dengan hanya melihat yang gelap gelita begini
Ada air mata bila yang hadir hanyalah wajah dia
Dan dalam balam-balam cahaya
Aku temui jawapannya
Aku tahu apa yang membuatkannya istimewa
Aku tahu apa yang menjadi kekuatan
Untuk aku mencintainya sepenuh jiwa
Dan
Cukuplah kalau aku katakan
Dalam sirna ini
Aku temui bahagia…
Bagaimana boleh bahagia andai dia yang dicintai
Selalu sahaja membuatkan hati menangis hiba
Jiwa sentiasa lara
Dan perasaan tak pernah jauh dari duka
Bahagiakah namanya
Andai penghambaan perasaan ini sering saja
Menimbulkan perbalahan antara akal dan hati???
Bahagiakah jika ada ketikanya
Malam-malam yang sunyi
Menjadi hingar dengan tangisan insan yang tidak berhenti???
Bahagiakah itu???
Entah.
Aku tidak ada jawapan untuk itu
Apa yang aku tahu
Bahagia itu aku temui juga…
Bagaimana?
Biarkan ia menjadi rahsia.
Rahsia antara aku dan dia!
NOKTAH.
MONOLOG HATI,
Saat kehadirannya secara tiba-tiba; 8:42 pm
Hadirnya pada hari tak pernah ku sangka;RABU 14 september 2011.